BERHATI HATI DENGAN PENGAYUH BECA VIETNAM YANG PENIPU BESAR!!!.
Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya tidak memblog.kekangan masa dan kesibukan kerja membataskan saya. tapi kerana terjadinya peristiwa yan menakitkan hati baru baru ini saya gagahkan juga untuk berkongsi agar dapat penjadi panduan dan pengajaran kepada pembaca yang lain...vietnam merupakan satu destinasi pelancongan yan menarik..selepas pergi ke vietnam menggunaan travel agen pada tahun 2013...saya berpeluang lagi sekali menjejakkan kaki ke bumi vietnam pada 6-9 Jun 2014 yang lalu..kali ini hanya bersama rakan dan tidak menggunakan perkhidmatan travel agen..
Perjalan hari pertama tiba dari airport terus kami ambil teksi ke hotel yang telah di booking lebih awal..dan tiada sebarang masalah....caj dari airport ke hotel dalam 10 usd..kalau dong 200 ribu atau ringit malaysia antara 30....hari kedua kami melawat ker chuchi tunnel mengunakan pakej travel agent yang banyak di sana..tak perlu booking awal,...just walk in juga di terima....kerana persaingan travel agent di sana terlalu banyak..selepas pulang dari chu chi tunnel kami ke pasar ben than yang memang menjadi syurga beli belah pelancong dari malaysia..kami di sana sampai petang dan pulang ke hotel kerana terlalu banyak barang yang telah di beli...konon konon lah..
Selepas merehatkan diri..dan mandi kami keluar semula ker pasar ben than untuk aktiviti pasar malam pula....keadaan memang di penuhi pelancong dari malaysia sahaja....terdapat peniaga yang menjual.beg.pakaian dan buah buahan tropika dengan harga yang berpatutan. jika anda pandai menawar harga..di vietnam pastikan anda menawarkan sehingga separuh harga..kalau anda cekap mungkin dapat hanya 1/3 dari harga yang penjual tawarkan..
Untuk hari ke tiga kami mengambil pakej melawat delta sungai mekong...melalui perkampungan vietnam...melawat ladang ternakan lebah madu...bermesra dengan ular sawa..dan menaiki sampan melalui celah pohon pohon nipah...(kalau tak silap lah)
selepas 2 hari berada di ho chi min city..
Pada hari ke 3 iaitu pada 9 Jun..ketika dalam perjalanan menuju ker muzium perang vietnam..kami telah di sapa oleh seorang pengayuh beca dengan ramahnya(baik ada makna tu)..dengan menunjukkan buku catatan yang di tulis oleh rakyat malaysia yang pernah menggunakan perkhidmatannya...antara ayat yang saya ingat. 'pakcik ni sangat membantu....sangat berinfomasi dan memudahkan pergerakan mahu kemana mana dalam bandar'...oleh kerana sedikit rasa kasihan dan penat berjalan serta ingin membantu pakcik tu mencari sesuap nasi..di tambah pula dengan katanya " very cheap very cheap...fifteen fifteen...one five one five..."....
Saya menyangkakan maksud beliau tambangya 15 ribu dong atau malaysia serngit setengah atau 2 ringit (jgn harap lah!) kami pun naiklah beca pakcik tu dan pergi ke muzium perang yang jauhnya kira kira 1km dari situ kemdian selepas selesai di muzium perang...kami di tawarkan pula untuk di hantar ker china market....(walau pun tak tahu apa yg di jual di situ)...pakcik tu siap cakap ben than not good not good...china market good... kami pun bersetuju untuk ker china market...semsa berada di atas beca rakan saya cuba mengambil gambar untk di jadikan kenana tapi di tegah oleh pakctik tu dengan alasan takut nanti ada penunggan motor yang rampas henpon kami..masa tu pun ada rasa tak sedap hati..tapi rasa macam kena pukau jer dgn pakcik tu..kami pun simpan balik henpon dan tiadalah gambar kenangan atas beca dgn muka pengayuh beca tu skali..
Ketika di hantar ker tempat kami mula naik tadi ,,saya ada minta di hantar ke pasar ben than terus...tapi pak cik tu berkeras menurunkan kami ke tempat yang agak sunyi..dan ketika saya mahu membayar...15 000 dong...terus pakcik tu mengeleng kepala dan mengeluarkan satu risalah yang menuntut bayaran sebanyak 1.5 juta dong PER HOUR PER PERSON!!!! gile ker apa naik beca pusing tak sampai 5 km tapi nak kena bayar hampir 160 ringgit.....dan ketika kami bertekak pasal harga dan sambil pegang dempet tu ..pakcik tu terus merampas 1 JUTA DONG saya dan berlalu dari situ degan cepat.
Terkebil kebil juga saya dan rakan ketika itu..rasa mcm kena pukau..nak melawan kang ..takut terjadi hal yang lebih teruk dan mungin pak cik tu mempunyai geng nya di kawasan tu...dengan hati yang hampa..marah...sedih dan bengang ..kami tinggalkan tempat itu meuju ke pasar ben than sambil jalan kaki..mujurlah masih ada sedikit wang lagi...pengalaman ini sangat menyaitkan hati...dan saya berharap tiada lagi orang dari malaysia yang terkena dengan penipuan pengayuh beca vietnam ini..tapi ini tidaklah mematahkan semangat saya untuk ker vietnam lagi...tapi cukuplah sekali itu saya mengunakan beca vietnam..serik..
Ketika pulang ke hotel saya ada bertanya dengan penjaga hotel berapa caj yag sepatutnya utk pengayuh beca..dan budak hotel tu pun tak pasti tapi katanya sangat mahal dan telah ramai yang di tipu...saya sendiri tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan pakcik pengayuh beca....saya selalu juga membaca pengalaman orang lain yang pernah ke vietnam tetapi pekara berkenaan pengayuh beca ini kurang di highlightkan mungkin kerana mereka malu..
Kalau pasal pencuci kasut memang telah banyak di katakan..jadi kita boleh lah berhati hati...tapi selepas terkena dan saya google pasal pengayuh beca nie..memang ramai yang dah terkena tipu......so kepada yang pergi ke vietnam TANPA travel agent...kena sangat berhati hati dan janganlah cuba cuba nak menggunakan perkhidmtan beca vietnam nie..memang sangat menyakitkan hati..so di bawah ni saya akan perincikan modus operandi group pengayuh beca nie..
1. Mereka akan tunjukan buku catatan org yang memuji perkhidmatan mereka...( tak payah percayalah..tah mana di curi buku tu)
2. Mereka akan kata very chep very cheap.fiftheen..fiftheen..@ one five one five....tapi akirnya minta 1.5 juta dong.lebih kurang Rm200 Malaysia
3. Ketika menurunkan anda selepas menggunakan beca tu .anda akan di bawa ke tempat sunyi atau lorong yg tak banyak orang...(senang nak bertekak@ gaduh pasal tambang) mereka akan menjangkakan pekara ini..
4. Ketika anda sibuk membelek dompet nak bayar tambang tu...mereka akan rampas wang anda yg paling besar..500k.( so simpan wang anda jgn satu tempat..di negara orang biasakan ada 2 dompet...jgn letak semua duit sekali..terbeliak mata depa ketika anda buka dompet tu)
5. Masa berbual..depa akan tanya bila balik negara...( tektik nak tau anda masih banyak wang atau wang telah tinggal sedikit)
6. Beca mereka warna biru dan memang berkeliaran di bandar ho chi minh...terutama di sekitar pasar ben than
So jika tiada keperluan tak payahlah menggunakan perkhidmatan pengayuh beca vietnam nie...melainkan anda mmg dah tak tau nak buat apa dengan duit anda....sebab kita datang nak bershopping dengan bajet yang terhad..bila terjadi hal hal penipuan dan benda yang tidak di ingini ini akan menyababkan bajet kita lari dan mood untuk bercuti tu hilang ....kita pula akan sakit hari sepanjang masa..jadi kepada yang baru kali pertama inni ker vietnam kalau anda rajin boleh print dan sebarkan kepada rakan rakan yang ke vietnam supaya dapat di jadikan panduan...jika tiada permintan maka tiadalah penawaran...
Saya berharap tiada lagi rakyat malaysia yang menjadi mengsa penipuan pengayuh beca vietnam nie...kerana ada yang sampai membayar RM 400.00 setelah terkena menaiki beca nie jer...isk isk...kalau beli kain tu tak tau lah banyak mana dah..akhir kata..sila print artikel ni dan bagi kawan yang pergi ker vietnam supaya mereka berhati hati..
semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda ..rakan rakan dan sanak saudara serta keluarga anda..di lain posting saya akan kumpulkan kisah kisah penipu beca ni dari blog yang lain...dah ramai yg terkena rupanya.....



No comments:
Post a Comment