Sukar yang di maksudkan ialah kerana tidak banyak money changer yang memegang matawang vietnam ini.tidak di ketahui kenapa jadinya begitu sedangkan Vietnam merupakan tumpuan rakyat Malaysia ketika cuti sekolah selain Indonesia, pada minggu lepas ketika ingin menukar dong saya berjalan dari Jalan TAR sampai ker jalan Masjin India kerana ini kawasan tumpuan orang ramai dan di sepanjang jalan ini terdapat banyak money changer.
Dari hampir 10 money changer ada 3 buah sahaja yang saya temui mempunyai simpanan matawang vietnam ini dan ratenya pula dalam julat antara Rm 150 ke Rm 160 bagi setiap 1 Juta Dong Vietnam..
Jadi kepada anda yang berhajat untuk ke vietnam eloklah menukar matawang lebih awal dan jangan tukar Dong sahaja tetapi membuat kombinasi Dong dan USD kerana ada juga tempat2 tertentu yang menerima matawang US..saya di fahamkan matawang Rm juga turut di terima di beberapa tempat tertentu. .. oh ye saya menukar Dong di H.M Ghazali Ahmad..(sebaris dengan Masjid India) kerana di sini memberikan saya rate yang terbaik.
Selamat menukar wang dan selamat melancong.

No comments:
Post a Comment