Saturday, 25 May 2013

Lawatan sambil Bershopping ke Vietnam @ Family Day

Sedar tak sedar. pejam celik pejam celik..lagi seminggu sahaja lagi aku dan keluarga akan menjejakkan kaki ker bumi vietnam..perasaan teruja tu memang ada, maklumlah sudah agak lama family kami tidak mengadakan aktiviti seperti ini..sebelum ini rombongan ker Bandung (2010) dan USS singapore(2011).. tapi kali ini lebih seronok kerana lebih ramai yang mengikutinya..duit Dong telah di tukar berjuta juta pada kadar Rm 155 = Sejuta dong..tak tahulah apa yang boleh di beli dengan duit sebanyak itu di sana.....sebelum berangkat pergi ada baiknya juga kita lihat sepintas lalu itinenary..sepanjang program kami disana nanti...


  • Nama ketua Rombongan : En Ahmad Sabri
  • Destinasi: Ho Chi Minh
  • Tarikh trip: 1/6-4/6/2013 (4h3m)
  • Jumlah peserta: 24 dewasa 3 kanak-kanak
  • Bertolak: Tiba di Ho Chi Minh jam 15:40 Pm pada 01/056/2013 (MH758)
  • Kembali: Dari Ho Chi Minh jam 11:00 Am pada 04/06/2013 (MH751)
  • Hotel: Hotel Song Anh (10 Double Sharing Room + 2 Triple Room)
  • Makan: Breakfast x3 + Lunch x3 + Dinner x3 (Restaurant Food)
  • Tiket lawatan: War Museum, Chu Chi Tunnel, & Mekong River
  • Kenderaan: 1 Bas + 4 vVan



ITINERARY HO CHI MINH (4D/3N)

Day 1 : HO CHI MINH
Ø Tiba di Airport Ho Chi Minh, peserta akan disambut oleh wakil Travel agen
Ø Check-in hotel
Ø Makan malam disediakan

Day 2 : HCMC – Terowong Chu Chi
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke Terowong Chu Chi yang terletak 75km dari HCMC
Ø Panjang terowong ini ialah 250km (digunakan waktu zaman perang)
Ø Peserta berpeluang menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu
Ø Kembali ke HCMC untuk makan tengahari dan melawat ke Reunification Hall dan Masjid Saigon
Ø Membeli belah di Ben Thanh Market
Ø Makan malam dan acara bebas

Day 3 : HCMC – MY THO – HCMC
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke My Tho City
Ø Menaiki sampan melalui denai-denai di Sungai Mekong
Ø Melawat dusun buah sambil menikmati buah-buahan tropika
Ø Kembali semula ke Ho Chi Minh dan melawat Notre Dame Cathedral dan Central Post Office
Ø Makan malam dn acara bebas

Day 4 : HO CHI MINH – KUALA LUMPUR
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Check out hotel
Ø Bersiap-siap untuk berlepas pulang

Semoga semuanya berjalan bagai yang di rancang dan percutian ini akan menjadi kenangan yang terindah buat diri dan keluarga..adios..

1 comment:

  1. smg segala urusan PH n family berjln dgn lancar... enjoy your trip...

    ReplyDelete