Friday, 31 May 2013

Sukarnya untuk menjadi Jutawan Dong


Sukar yang di maksudkan ialah kerana tidak banyak money changer yang memegang matawang vietnam ini.tidak di ketahui kenapa jadinya begitu sedangkan Vietnam merupakan tumpuan rakyat Malaysia ketika cuti sekolah selain Indonesia, pada minggu lepas ketika ingin menukar dong saya berjalan dari Jalan TAR sampai ker jalan Masjin India kerana ini kawasan tumpuan orang ramai dan di sepanjang jalan ini terdapat banyak money changer. 

Dari hampir 10 money changer ada 3 buah sahaja yang saya temui mempunyai simpanan matawang vietnam ini dan ratenya pula dalam julat antara Rm 150 ke Rm 160 bagi setiap 1 Juta Dong Vietnam..

Jadi kepada anda yang berhajat untuk ke vietnam eloklah menukar matawang lebih awal dan jangan tukar Dong sahaja tetapi membuat kombinasi Dong dan USD kerana ada juga tempat2 tertentu yang menerima matawang US..saya di fahamkan matawang Rm juga turut di terima di beberapa tempat tertentu. .. oh ye saya menukar Dong di H.M Ghazali Ahmad..(sebaris dengan Masjid India) kerana di sini memberikan saya rate yang terbaik. 
Selamat menukar wang dan selamat melancong.

Persiapan terakhir sebelum berangkat ke Vietnam besok..



Passport Antarabangsa dan duit Dong vietnam, benda paling penting nie. tak dua benda nie.tak sampai kaki aku kat bumi vietnam. Beg dah siap kemas satu beg trolley (yang tentunya selain pakaian di penuhi biskut,megi dan makanan ringan yg lain) dan satu lagi beg sandang belakang untuk bawa laptop, kabel, charger hp n camera. perghh banyak juga barang ni rupanya..belum lagi menyopping kat vietnam nanti..aduyaii

Saturday, 25 May 2013

Lawatan sambil Bershopping ke Vietnam @ Family Day

Sedar tak sedar. pejam celik pejam celik..lagi seminggu sahaja lagi aku dan keluarga akan menjejakkan kaki ker bumi vietnam..perasaan teruja tu memang ada, maklumlah sudah agak lama family kami tidak mengadakan aktiviti seperti ini..sebelum ini rombongan ker Bandung (2010) dan USS singapore(2011).. tapi kali ini lebih seronok kerana lebih ramai yang mengikutinya..duit Dong telah di tukar berjuta juta pada kadar Rm 155 = Sejuta dong..tak tahulah apa yang boleh di beli dengan duit sebanyak itu di sana.....sebelum berangkat pergi ada baiknya juga kita lihat sepintas lalu itinenary..sepanjang program kami disana nanti...


  • Nama ketua Rombongan : En Ahmad Sabri
  • Destinasi: Ho Chi Minh
  • Tarikh trip: 1/6-4/6/2013 (4h3m)
  • Jumlah peserta: 24 dewasa 3 kanak-kanak
  • Bertolak: Tiba di Ho Chi Minh jam 15:40 Pm pada 01/056/2013 (MH758)
  • Kembali: Dari Ho Chi Minh jam 11:00 Am pada 04/06/2013 (MH751)
  • Hotel: Hotel Song Anh (10 Double Sharing Room + 2 Triple Room)
  • Makan: Breakfast x3 + Lunch x3 + Dinner x3 (Restaurant Food)
  • Tiket lawatan: War Museum, Chu Chi Tunnel, & Mekong River
  • Kenderaan: 1 Bas + 4 vVan



ITINERARY HO CHI MINH (4D/3N)

Day 1 : HO CHI MINH
Ø Tiba di Airport Ho Chi Minh, peserta akan disambut oleh wakil Travel agen
Ø Check-in hotel
Ø Makan malam disediakan

Day 2 : HCMC – Terowong Chu Chi
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke Terowong Chu Chi yang terletak 75km dari HCMC
Ø Panjang terowong ini ialah 250km (digunakan waktu zaman perang)
Ø Peserta berpeluang menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu
Ø Kembali ke HCMC untuk makan tengahari dan melawat ke Reunification Hall dan Masjid Saigon
Ø Membeli belah di Ben Thanh Market
Ø Makan malam dan acara bebas

Day 3 : HCMC – MY THO – HCMC
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke My Tho City
Ø Menaiki sampan melalui denai-denai di Sungai Mekong
Ø Melawat dusun buah sambil menikmati buah-buahan tropika
Ø Kembali semula ke Ho Chi Minh dan melawat Notre Dame Cathedral dan Central Post Office
Ø Makan malam dn acara bebas

Day 4 : HO CHI MINH – KUALA LUMPUR
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Check out hotel
Ø Bersiap-siap untuk berlepas pulang

Semoga semuanya berjalan bagai yang di rancang dan percutian ini akan menjadi kenangan yang terindah buat diri dan keluarga..adios..